::oh! anda seorang pelawat disini?::

::sila tinggalkan jejak anda di shoutbox saya ya! (yang kaler hijau tuh ->)::

::saya akan ikut jejak anda selepas anda tinggalkan jejak anda!::

Wednesday, December 22, 2010

::Cuti semesta punya cerita (part 1)::

Semalam buat kali pertama dalam cuti semesta aku, aku keluar dari rumah untuk berjalan-jalan. Aku tak keluar pun sebab aku takde duet. Dan semalam aku keluar dari rumah untuk berjalan-jalan setelah dipaksa oleh ayah untuk menemani adik ku ke kota kesesatan iaitu Kuala Lumpur.

Pada mulanya aku sangatlah tidak mahu untuk pergi, tetapi disebabkan dibekalkan wang saku untuk perbelanjaan, aku pun pergi la juga untuk menemani adikku. Pada ketika itu, adikku sepatutnya ada reunion bersama kawan-kawan sekelasnya, tapi apekejadah nya aku berada disitu. Wuh!

Aku hanya menemani adikku itu sampai di Kuala Lumpur, lebih tepat lagi Berjaya Times Square. Selepas itu dia terus hilang bersama rakan-rakannya. Aku sendiri sudah tidak tahu mahu buat apa lagi disana itu. Terus aku membuat langkah drastik untuk naik ke tingkat 3, kawasan panggung wayang. Aku terus ke kaunter membeli tiket untuk membeli tiket.

 


aku : bang cite Tron 3D ade tak?

penjaga tiket : Tron 3D ade, berapa orang ya?

aku : saya sorang juga kat sini bang. (dengan pelat tamil)

penjaga tiket : baik! anda sorang je, nak tiket pukul berapa?

aku : paling awak pukul brape bang?

penjaga tiket : paling awal pukul 2.30.

aku : takpe la bang cancel Tron 3D, saya nak cite Hantu Kak Limah Pulang ke Rumah la. (aku da gelak-gelak da)

penjaga tiket : Haih! nak pukul berapa punye? (sudah bengang dah abang ni)

aku : paling awal punya la.

penjaga tiket : ok! kul 12.40 semua rm8 ye.

Selesai membeli tiket aku melihat jam, baru pukul 11.30. Aku pergi Mcd tingkat 5. lepak disana sambil menanti jam 12 untuk mendapatkan burger Mcd yang murah iaitu McValue Lunch. Tercongok la aku menanti dan terus menanti. Tepat pukul 12 ak terus berlari ke kaunter Mcd tuh dengan pantas aku mengorder “saya nak McValue Lunch Spicy Chicken McDeluxe sets Medium tambah eskem corneto sundae chocolate ye!” dengan sekali nafas aku melafazkannya.

Selesai makan dengan segera aku ke tempat menonton wayang beli la pulak popcorn GSC combo 4. segera aku masuk dan duduk di kerusi B08 Box 9. Waktu mula menonton aku teringat kata-kata ibu ayah ku, mereka berkata “zaman dulu sebelum start wayang ade nyanyi lagu Negaraku”. Wah! sekarang aku tertanya-tanya kenapa la sekarang dah takde nyanyi lagu Negaraku. Baru la akan wujud semangat Nasionalis tuh.

Ok! dah jauh menyimpang. Aku menonton cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Part yang menarik bagi aku bahagian lagu la.

 

cinta kristal by awie. best gak lagu nie. haha

lagu ni pula waktu johan ngn siapa tah yang berkerusi roda tuh nyanyi. mmg layan sambil bergelak ketawa dengan tarian si johan tuh.

Pape pun cerita macam yang Mamat Khalid ni buat la baru ade kualiti. seronok woo. rase macam cerita-cerita dia yang lain la, tengok banyak kali pun tak bosan punyalah. Lagi yang nak membuatkan aku menonton bila ade Trailer 30minit kat astro. cerita 30minit pertama tuh la yang wat aku nk tengok kat wayang.

Tapi yang membuatkan aku kurang fokus menonton cerita ini bila ade pula la si couple double trouble membuat “MakSihat” di belakang aku (aku marah ni!!). Memang membuatkan diri ini panas sahaja. Sepatutnya dalam wayang tuh letakkan pencegah maksiat ke. Baru la pemuda-pemudi ni reti tak buat “MakSihat” dalam wayang. Ngok tol! (Kan aku sudah beremosi sangat-sangat!)

Maka, cadangan aku kepada pihak pawangam:-

  • Sila wajibkan lagu Negaraku pada setiap mulanya wayang, dan semua wajib menyanyi.
  • letak pegawai pencegah maksiat dalam wayang.
  • skrin wayang tolong la besarkan lagi.
  • sound sistem pasang yang boleh gegar punye la.

Haha. permintaan nak merepek je. haha!

si muncai etot

6 komen:

::dAuZsHaNLeY:: said...

best eh cter tu?
xsempat nak tgk..
aritu tgk ngangkung...
nati kalo dah kluar,
d/load eh...
hehe..
peace!

muncai said...

haha. best gile2. perfect la. sedih,seram,klako. semua ade. huhuhu

HANEM said...

nash !! ble na kwa part 2 neyh ??
na hbes cuti sem dah !! hahaq

muncai said...

hanem : part2 sedang dalam pembikinan. idea masih tiada. haha

husna. said...

download download download (:

haih, tak sokong panggung wayang betul lah..

muncai said...

husna : bukankah anda mendunkung prinsip "anda download, saya copy!"