::oh! anda seorang pelawat disini?::

::sila tinggalkan jejak anda di shoutbox saya ya! (yang kaler hijau tuh ->)::

::saya akan ikut jejak anda selepas anda tinggalkan jejak anda!::

Friday, December 24, 2010

::Cuti semesta punya cerita(Part 2)::

Semalam sekali lagi aku keluar dari rumah. Tapi bukanlah untuk kali pertama, ia untuk kali kedua. Kali ini aku bukanlah pergi ke Kuala Lumpur kota penuh kesesatan. Aku hanya mampu berjalan disekitar kajang ini sahaja. Berbekalkan duit wang saku yang berbaki ketika keluar tempoh hari, aku nekad menaiki kenderaan ayahku iaitu kereta untuk ke Putrajaya. Lokasi yang aku tujui ialah Alamanda, pusat membeli dan belah dari situ.

Kali ini aku pergi bersama adik beradikku, semua 4 orang sahaja. Mereka semua bertekad untuk menonton wayang. Tapi kenapa cerita yang mereka pilih cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Bukankah aku telah menonton tempoh hari. Terpaksa jua aku membuat keputusan untuk menonton wayang yang lain. Aku memilih untuk menonton wayang Tron : Legacy!.Dan aku hanya menonton sorang-sorang sahaja.

Sampai di Alamanda aku terus ke kaunter membeli tiket wayang. beratur dengan kesabaran yang tinggi hingga sampai giliran aku.


aku : Kak! Cite Hantu kak limah Balik Rumah ade tak?

penjaga tiket : ada dik, berapa orang ya?

aku : saya sorang je kak.

penjaga tiket : ok! en. sorang, nak tiket pukul berapa? (tah bile tetibe aku jadi en.)

aku : paling awal pukul berapa ye kak?

penjaga tiket : paling awal pukul 11.30, boleh tak en?

aku : ermm, takpe la kak, cancel Hantu Kak Limah Balik Rumah la. hahaha. saya nak tengok cerita Tron : Legacy sebenarnya.

penjaga tiket : hahaha, main-main pulak ea. nak pukul berapa nie?

aku : yang paling awal sekali la kak.

penjaga tiket : paling awal pukul 2.30 ye!

aku : ha? 2.30?

penjaga tiket : takde la, saya main-main je. paling awal pukul 11.30. hahaha

aku : ceh! boleh la 11.30. (aku yang terkena balik.)

penjaga tiket : ok! Tron :Legacy pukul 11.30 semua rm11 ye!


lepas je aku habis membeli tiket, aku melihat jam baru pukul 10.45. banyak lagu masa. Tanpa berlengah aku terus ke kedai komik mencari komik Dragon Ball no39 dengan Kreko edisi 21 disember. Memang aku hantu komik. Tak caya bace entry aku yang ini (aku dan komik)

Tepat pukul 11.20 aku menuju kembali ke tempat wayang untuk check in. Sebelum check in aku singgah di tempat beli popcorn. Terus aku mengorder ape yang telah aku hafal “bagi saya gsc combo no2 air sprite ye, dan itu sahaja”. dengan pantas dan sekali nafas aku melafazkan kata-kata itu.

Selesai beli aku terus Check in dewan no 3 kerusi A18. Iklan pun tak start lagi. punye la lama aku tunggu baru start. Cerita Tron : Legacy tuh sangat lah best. Aku tak tau camne nak cerita disini, jadi korang boleh la tengok sendiri ya!

sedikit trailer cite Tron ini.

Cerita Tron ni kalau korang nak faham, korang kene tengok cite tron yang lame dulu. sebabnya, Tron : Legacy ni macam sambungan dari tron yang lama tu. Jadi kalau tak tengok yang lama akan berlaku la ketidakfahaman ketika menonton nanti.

Dalam cerita Tron : Legacy ni, part yang paling best bila perlawanan cakera dan perlumbaan motor dekat Grid. tapi cukup sayang sekali pabila perlawanan tuh hanya berlaku sekali sahaja dalam movie itu. Dan part yang aku suka adalah part sam datang jumpa zeus kat kelab malam dan ada soundtrack yang sangat menarik ketika itu.

yang best waktu menonton Tron : Legacy ialah

  • Screen sangatlah besar
  • sound system tahap gegar jantung punya
  • tiada couple buat “Maksihat”
  • sangat-sangat la best!!

si muncai etot

6 komen:

HANEM said...

haha..tron ! nice !
best ta weyh ?
triller mmg nmpak cam best.. XD
tp, aq ta berkesempatan lahh..hehe

HANEM said...

oooooo.... post baru !!!! haha

muncai said...

hanem : memang sangat best la. tapi kene menonton dengan sangat fokus la dari mula cite. kalo tak memang ta faham la.

HANEM said...

hoho..haha,
btollah..nyesal aq ta ekot cakap mak aq dlu..
mak aq soh aq telan je buku bi mse spm dlu..
tp, aq ta nak bab t, law rcycle pat duet...
hehe

cik kedondong said...

biler masa ko gi?
\cisssssssssssssss

padan muka ko main2 lagi

muncai said...

hanem : haha, banyak dapat duet dari recycle? share2 la. haha

kakak : khamis ritu la. haha. ape yang main2?