Assalamualaikum w.b.t
Salam pertama selepas dua tahun aku meninggalkan dunia blog. Kejap, mungkin lebih dua tahun. Entah kenapa, dunia blog ini menarik aku kembali dalam bidang penulisan.
Selama dua tahun banyak perkara yang menyibukkan diriku daripada terus menulis. Orang aktif, memang sukar dapat masa untuk menulis ni. Memandangkan aku sudah berada di semester akhir, tak banyak kelas dan aktiviti yang aku dapat sertai. Makanya, penulisan la mengisi masa lapang aku yang ada.
Bayangkan dalam satu minggu 2 kelas sahaja? Masa lain aku nak buat apa? Jadi inilah aktivitinya.
Kenapa aku menulis kembali? Entahlah, mula-mula aku bukak blog sebab banyak benda nak dicerita. Memandangkan aku bukan ramai kawan zaman sekolah dulu, berapa kerat sajalah kawan aku. Jadi dulu aku bukak blog dengan tujuan nak bercerita saja-saja.
Oh! Mungkin juga zaman tu orang selalu cakap "Buat duit dengan blog" itu pasal aku tergila-gila nak buat blog (kononnye lah kan). Hahaha, tapi semua tuh terabai akibat daripada keaktifan aku di kolej. Hahaha
Jadi sekarang, tujuan aku berblogging dah jadi kembali kepada asal, iaitu untuk bercerita 1001 cerita yang ada selain berkongsi pengalaman. Mungkin akan berlaku kelewatan dalam update blog ni.
Mungkin itu sahaja untuk pembukaan kemabli blog ini, selamat mengikut kembali blog ini ya ! Terima Kasih ! :)
p/s : Actually post ni tersimpan dalam draft semenjak setahun lepas. Dan sebelum aku publish, aku edit ubah sikit bersesuai dengan keadaan sekarang.
Yang Benar,
Muncai Etot a.k.a Ahmad Nash