Ikut Mengikut

Wednesday, March 2, 2011

::Cara belajar punya tips!::

Salam,

Alamak! sudah bersarang pula belog ini. Sungguh tidak aku sedari, sudah lama aku tidak mengupdate belog ini. Belog ini ditinggalkan kesepian begitu sahaja la pula. Habis bersarang belog ini. haha

Ah! ini semua berlaku akibat dari kekangan masa yang aku sendiri sedang hadapi sekarang ini. Banyak benda yang kau sedang cuba laku kan. Belum kira kertas kerja untuk membua kajian yang ditolak sebanyak tiga kali itu. Ya! Tiga kali tahu!.

Eh? ini sudah lari dari topik entry ni. Apa yang kau mahu berkongsi pada hari ini ialah cara-cara untuk belajar ya! Memandangkan test 1 sungguh begitu teruk, maka, aku mahu belajar mengikut teknik belajar yang diberikan oleh seorang cikgu @ kak wani. OK! dibawah adalah beberapa teknik-teknik untuk belajar dengan cemerlang. [aku pernah gunakan untuk Final Exam sem 1dan..Ya! ia berjaya]

petua mengulang kaji

1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
3. duduk tegak dikerusi yang selesa
4. baca doa penerang hati
5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
6. fikir dan ingat kembali isi utama
7. catat/lakar
8. semak semula ketepatan maklumat
9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
10. buat rumusan
11. jawab soalan
12. tampal maklumat yang rumit di dinding
13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

HA! anda semua mesti tertanya-tanya macam mana teknik membaca yang betul. Berikut adalah teknik membaca yang betul.

Teknik Membaca Yang Betul

1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
2. memberikan tumpuan sepanuhnya
3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

Ha! Aku tahu, ada diantara anda semua yang suka mengingat bukan? Berikut adalah teknik mengingat ya!

Teknik Mnghafal

1. tampal nota-nota penting di dinding
2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
3. gunakan kaedah akronim
4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

Teknik Merangsang Memori

1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
3. mengingat kembali (recall)
4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

HA! Itulah sedikit sebanyak teknik-teknik untuk anda semua belajar ya!, Semoga teknik ini akan memberikan anda semua lebih banyak markah serta memahami apa yang dipelajari itu. Sekian, terima kasih!

 

p/s: argh! kene ke melaka untuk buat kajian pula!

 

si muncai etot

No comments: