Ikut Mengikut

Thursday, May 26, 2011

: kisah satu malam :

Salam,

Hari ini bukanlah hari untuk aku merepek-merapu-meraban berkenaan sesuatu yang tidak penting. Disini, aku ingin menceritakan sesuatu yang pernah berlaku terhadap diriku sewaktu aku berada di semesta pertama yang lepas.

Sebelum ini aku hanya mendengar cerita-cerita hantu yang terdapat di kolej-kolej lain, namun, tidak pernah pula aku mendengar cerita hantu yang terdapat di kolejku. Aku terfikir sejenak, mungkin kolejku ini penduduknya baik-baik dan tidak pernah membuat apa jua hal yang salah. Namun, sangkaanku meleset apabila sesuatu tiba-tiba berlaku pada diriku pada suatu hari di kolej itu.

Semuanya bermula pada suatu hari. Ketika itu merupakan minggu study week di universiti yang aku sedang duduki. Biasalah pada minggu study week ini, ramai yang tidak tidur malam untuk mengulangkaji. Namun, ramai lagi yang pulang ke rumah kerana bagi mereka ia sama seperti cuti pertengahan semesta. Aku mendapat bilik untuk dua orang. Pada pagi itu, rakan sebilikku telah pulang ke rumahnya. Hanya tinggal aku di dalam bilik itu.

Jam menunjukkan pukul 11:30 Malam. Bagi pengulangkaji yang tegar, itu bukanlah masa yang sesuai untuk mereka tidur. Namun bagiku, itu masa yang sesuai untuk menutup segala buku, membersihkan muka serta menggosok gigi lalu menarik selimut untuk tidur. Pada mulanya tidurku enak tidak terkata sehingga tiba-tiba, sesuatu mengejutkan diriku.

Jam 2:30 pagi. Aku terjaga. Aku terasa ingin ketandas sebentar untuk menunaikan segala hajatku. Setelah selesai, aku kembali semula kebilik ku untuk menyambung penarikan selimut yang enak dipakai itu. Sebaik sahaja aku memasuki bilik, aku terlihat seseorang sedang berbaring di katil rakan sebilikku. Hatiku terdetik seketika. Bukankah rakan sebilikku sudah pulang kerumahnya di Melaka pagi tadi? tidak mungkin dia sudah balik. Aku mengambil keputusan untuk bertanya kepadanya.

“baru balik ke roomate?” kataku kepadanya.

“hmm.” hanya itu balasan jawapannya kepadaku.

“tak penat ke drive ulang alik dalam sehari je?” tanya ku lagi.

Dia tidak menjawap, hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

Aku terus membaringkan diriku keatas katil yang empuk serta menarik selimut untuk kembali kepada tidur ku. Aku tidur mengiring menghadap katil rakan sebilikku. Aku mendapat sambung tidurku dengan sempurna. Namun, aku terjaga lagi buat kali kedua. Kali ini disebabkan aku mendengar sesuatu yang pelik. Aku mendengar bunyi seakan-akan orang yang sedang menaip-naip keyboard dan mencakar-cakar dinding. Aku membuka mata untuk mencari punca bunyi itu dengan lebih lanjut. Namun, apa yan dapatku lihat hanyalah satu lembaga yang sedang berbaring di katil  rakan sebilikku dan memandangku dengan mata yang bungkam serta tidak tersenyum lagi.

Peluh dingin mula membasahi dahiku. Ingin sahaja aku melarikan diri dari bilik itu. Namun, jangan katakan kaki, jari tangan pun tidak mampu aku gerakkan. Aku hanya mampu membaca ayat-ayat Kursi di dalam hati tanpa dapat sepatah pun ayat itu ku luahkan. Lembaga itu terus menerus merenung diriku dengan tajam, bunyi cakaran di dinding semakin menjadi-jadi. Desingan di telinga berlaku.

Tiba-tiba kedengaran hilaian lembaga itu. Semakin lama semakin kuat. Membuatkan jantungku semakin berdegup kencang sehingga ingin terkeluar dari dadaku. Aku terus memejamkan mata sambil membaca ayat kursi didalam hati sehingga aku tertidur dengan sendirinya.

Esok pagi, aku bangun langsung tiada kesan apa-apa yang ditinggalkan di katil rakan sebilikku itu. Aku segera menghantar pesanan ringkas kepada rakan ku itu bertanya dia ada dimana. Dan jawapannya, dia masih dirumah di Melaka. Jadi aku tertanya-tanya siapakah semalam itu. Tanpa berfikir panjang kau terus mengemas barang untuk pulang kerumah.

Rupa-rupanya, kejadian itu hanya akan berlaku pada orang yang memikirkan tiada apa yang pernah berlaku terhadap penduduk kolejnya. Namun, lembaga itu akan terus mengganggu pemikir-pemikir sedemikian.

hantu

p/s : jangan cuba berani untuk berfikir begitu di kolej ya!

 

si muncai etot

6 comments:

mufaz said...

kom yakin muncai... ko yg pikir lbh kot... hahahah.. apa2 pon mgkin ianya ujian.. hahahaha...

IzzaH said...

siyes ke ni beb??? gile cuak doe.

muncai said...

@mamu ; haha, ce t balik kolej pikir takda hantu ka kat sini. mesti datang ujian tuh.

@izzah ; siyes la. aku tulis lagi cuak.

cik ika said...

takut2..

Anonymous said...

wei,siyes ke nie?aku dh cuak beb..aku dh r slalu stay sek0r2 then mmg bdjet brani r...adush..gua cam nk pngil gh0st buster lak g k15.hahahhaha

Unknown said...

err..hantu..untung la ade pengalaman :)