Salam,
Entry aku kali ini bukanlah mengenai apa-apa. Tiada apa-apa pun sebenarnya. Disini aku ingin berkongsi satu link yang sangat berguna untuk penulis-penulis karya bebas di luar sana untuk memasuki kelab ini. Ya!. Kelab Zine Satu Malam. Apa? anda semua tidak tahu apa itu Zine Satu Malam? Biar aku terangkan disini.
poster rasmi untuk edisi pertama Zine Satu Malam
Ha?Zine itu apa? yang pasti zine itu bukanlah bermaksud zina. menurut pemilik fanpage Zine Satu Malam, zine merupakan singkatan daripada MAGAZINE atau Fanzine. Ia merupakan sebuah buku yang kita tulis sendiri, terbitkan sendiri dan edarkan sendiri. Kedai-kedai buku ternama seperti MPH dan POPULAR tidaklah pula akan memandang buku anda ini sekiranya anda tiada duit untuk “PUBLISH” kannya.
Zine Satu Malam pula bermaksuh sebuah MAGAZINE yang dibuat hanya dalam masa satu malam sahaja. YA!! SATU MALAM SAHAJA!. dan yang lebih menariknya penulisnya terdiri daripada orang biasa sahaja. YA!! ORANG BIASA SAHAJA!. bermaksud sesiapa sahaja boleh menulis dalam Zine Satu Malam ini.
Tentu ada sahaja yang mengeluarkan ayat yang berbaur sebegini:-
“Apa motif Zine Satu Malam ini? Seperti tidak ada kerja sahaja”
Anda katakan seperti tidak ada kerja? Motif Zine Satu Malam ini sebenarnya untuk menggalakkan anak-anak muda,ibu tunggal, bapa tunggal, atau sesiapa sahaja untuk menulis. Bukan hanya menghabiskan masa dihadapan LAPTOP berFACEBOOK tanpa ada apa-apa diisi untuk masa lapang. Bukankah semua orang boleh menulis? Jadi menulislah dan berkaryalah!.
Yang menjadikan Zine Satu Malam ini lebih menarik, ia bukan untuk dijual, ia untuk suka-suka bagi orang baca secara percuma. Apa guna berkarya penat-penat jual mahal-mahal tetapi tiada siapa yang mahu membaca bukan?
Antara karya Zine Satu Malam yang sudah terbit sehingga hari ini [boleh klik untuk mendowlod ya!] ialah:-
: edisi khas: Puisi Pagi Buta :
: edisi khas lagi: Nostalgia :
: edisi empat: Ibu :
: edisi lima : Haiwan Jadi Jadian :
untuk melihat dalam album Zine Satu Malam boleh klik sini
Ha! sudah baca? macam mana? berminat untuk berkarya? boleh la join group ini di FACEBOOK! klik sini. Anda boleh la mula berkarya. jika tidak mahu berkarya sekalipun, boleh membaca karya-karya mereka yang lain ya!.
si muncai etot
No comments:
Post a Comment