Ikut Mengikut

Tuesday, January 4, 2011

::Hari pertama semesta dua::

Salam,

kelakar,

malu,

penat.

Seperti yang diketahui, aku sudah kembali menyambung pelajaran ku di semesta kedua. Namun, baru hari pertama sungguh banyak sekali rintangan terpaksa aku lalui. Tiga perkataan itu, sudah cukup membawa kepada penjelasan hari pertama semesta kedua ku.

FLASH BACK BERLAKU Kelakar dan malu!

Ketika itu jam sudah menunjukkan 9.30 pagi, aku dan rakan-rakan ku melangkahkan kaki ke tempat menunggu bas. Tapi, tidak disangka pula ketiadaan bas akan menyebabkan kami lewat ke kelas. Hampir jam 9.50 pagi barulah sebiji bas sampai untuk mengangkut kami.

Sampai kelas sudah la agak lewat, dalam jam 10.10 pagi baru sampai. Teruslah ke bilik kuliah yang telah ditetapkan di smp. Dah sampai aku terus la masuk ke bilik itu.


lecture : Selamat pagi, awak kumpulan berapa?

aku : [bercakap dengan rakan] Eh? kita kumpulan berapa ea?

rakan : kita kumpulan 2 la.

aku : [kembali kepada lecture] kami kumpulan 2 Dr.

lecture : Ok! sini kumpulan 2, kalau kumpulan 3 dekat sebelah ya!

Setelah 10 minit duduk di dalam kelas tersebut, senarai nama untuk kehadiran telah pun sampai ke tangan kami. Ah! Terpana kami sebentar disaat melihat senarai nama itu. Nama kami tiada di dalam senarai itu. Hahaha, rupanya kami telah tersalah kelas. Kami bertekad untuk meminta izin keluar dari kelas. Tapi. siapa bakal wakil untuk bercakap itu. Ah! ketika itu sempat lagi kami bermain “lat tali lat tali tam plom” semata-mata untuk menentukan siapa yang perlu bercakap dengan lecture itu. yang terpilih ialah piji.

piji : [sambil mengangkat tangan] Dr!.

lecture : Ya, saya.

piji : Em, kami nak minta izin keluar kelas, sebabnya kami sudah salah kelas ni.

satu kelas berdekah-dekah ketawa bagaikan tiada lagi esok untuk kami. haha

lecture : [sambil tahan gelak] haha, boleh-boleh. disebabkan kelas pertama, anda di maafkan. Jadi saya ucapkan lagi sekali, selamat datang dan selamat tukar kelas anda. haha

sekali lagi kelas itu kedengaran suara ketawa yang berdekah-dekah.


Ah! pengalaman itu cukup membuatkan diri ku dan rakan-rakan ketawa berdekah-dekah di luar kelas setelah keluar di samping berasa sangatlah malu.

FLASH BACK BERLAKU LAGI penat

Oh! ini bukanlah penat disebabkan malu yang amat itu. Tapi ini penat kerana telah memecahkan rekod dalam hidup ku ini. Sebelum ini, belum pernah lagi dalam kamus atau buku sejarah hidup ku yang mencatatkan aku pernah keluar lebih dari jam 10 malam. Tidak mungkin sama sekali.

Tapi kali ini, baru hari pertama semesta 2, aku telah memecahkan rekod itu. Eh! sebenarnya bukan aku yang pecahkan rekod itu. Aku sebenarnya telah diCULIK! [sila baca dengan terperanjat ya!] oleh 2 orang dari aras empat. Itulah orang yang berNICKNAME Irfan dan Epi.

Pada mulanya aku hanya fikir aku diCULIK untuk di bawa dikawasan sekitar itu sahaja. Tetapi aku sudah silap sama sekali. Aku diculik sehingga ke Kota kesesatan KUALA LUMPUR!. Sesudah sampai di kota kesesatan itu, aku dibawa ke sebuah restoran makan-makan. Aku terus mengorder makan kegemaran ku di Universiti ini iaitu Nasi Goreng Cina dan air Neslo ais. sungguh pantas aku mengorder dengan sekali nafas sahaja.

Usai makan-makan yang dianjurkan oleh mereka, aku dibawa pula ke kota rambang mata iaitu MIDVALLEY. Ah! Entah apa yang mereka cari disitu. Apa yang aku lihat mereka hanya membeli beberapa helai baju mahal yang kalau di bundle boleh dapat sehingga berpuluh-puluh helai.

Selesai mereka membeli dan belah, aku dibawa pula ke uptown danau kota, setapak. Disitu lebih banyak kewangan digunakan. Ah! Nasib baiklah diriku ini bukan kaki membeli barang tanpa tujuan. Jam telah menujukkan tepat jam 12:00 tengah malam ketika kami baru sahaja habis membeli barang di uptown itu. Sudah pastinya pintu kolej sudah ditutup ketika itu, mereka membuat keputusan untuk melepak di Putrajaya. ketika itu, rekod aku yang tidak pernah keluar sehingga pagi telah di pecahkan.

Mereka membawa diriku untuk melepak di putrajaya sehingga jam 4:00 pagi waktu Malaysia. Ya! 4:00 pagi!. Aku terus menyuruh mereka membawa ku pulang ke Universiti dengan segera kerana adanya kelas esok pagi. Aku sungguh kepenatan ketika itu, fikiran aku hanya memikirkan untuk meredah sahaja pok guard di kolej. Nasib kami agak baik, entah mengapa tiada seorang pun pok guard yang menjaga di pintu masuk kolej itu. Sampai-sampai sahaja. aku terus tidur kerana kepenatan yang melampau disebabkan oleh mereka.

Ah! aku merepek dengan sangat panjang pula kali ini. Harap Maaf sekiranya anda merasakan entry ini membuang masa anda. hahaha

p/s : kakak!,muncai tahu engkau pasti membaca entry ini. Maka, di ingatkan disini, tolong jangan cerita pada ayah bahawa aku telah keluar lebih masa dan berfoya-foya di sini. Mohon maaf dan ia tidak akan berulang lagi! *peace!

si muncai etot

7 comments:

cik kedondong said...

hah!
keluar merayap kemain..
sila simpan duit untuk beli kamera..trima kasih

muncai said...

kakak : huhu, mane ade merayap. kn tulis kene culik disitu. huhu

dakz kcek(o_O) said...

eee.......
mrayap!!!!
hahahaaa.....
=DDDD

DIRIKU said...

gile ar...merayap tk hengat...hahaaha..

nyway..saye tag kamoo...

http://kisahtaksempurnadariku.blogspot.com/2011/01/jom-sertai-bloglist-blog-bdk-botak.html

Cik Lah said...

haaaa...kantoi...tak pesan kat auntie. So auntie leh report...heheheh..

muncai said...

nad : alamak! *** sudah mari. habis la kantoi lari dari guard.haha

diriku : haha, bkn selalu merayap begitu

untie : oh! tidak. jangan dicerita kepada orang lain.

DIRIKU said...

heho!!

saya tag kamu lagi!!

http://kisahtaksempurnadariku.blogspot.com/2011/01/blog-aku-bukan-privasi-lagi.html