Ikut Mengikut

Tuesday, May 17, 2011

: Tamat semesta dua! :

Salam,

Sudah lama nampaknya tidak menulis disini. Kesibukan di Universiti menyebabkan aku lansung tiada masa untuk diluangkan bersama belog ini. Sesudah habis segala macam peperiksaan di Universiti ini, aku menghadapi pula program-program seperti anak angkat yang baru sahaja aku lalui selama 4 hari di Pari Raja, Johor. Aku terus menaip bait-bait ayat ini setelah ketibaanku di rumah sebentar tadi. Penat lelah masih lagi datang tak henti-henti.

Bukan aku tidak sudi untuk mengupdate belogku ini. Tetapi kekangan yang ku hadapi seperti peperiksaan akhir yang mencabar, kelupaan aku terhadap password belog, kegelisahan diri terhadap belog yang bakal tidak membenarkan emel yahoo dan lain-lain lagi.

Oh!, aku tidak dapat menulis dengan lebih panjang lagi. Aku sungguh penat. Nanti aku akan update aktiviti-aktiviti yang membuatkan diriku ini sesibuk Perdana Menteri (kononnya la)

 

DSC_0554

“terkenang kumpulan 4 bola tampar yang tak disangka menang!”

 

p/s : sesiapa yang ada kerja kosong, sila la bagi kepadaku yang sedang menganggur ini. hehe

 

si muncai etot

No comments: