Woah! Muharram datang lagi. tapi bukanlah hari ini(6/12/2010) ya! ia hari esok (7/12/2010 bersamaan 1 Muharram 1432 hijrah). Kebanyakan umat islam di Malaysia sangat taksub dengan penggunaan kalendar Masihi sehinggakan kalender hijrah pun mereka tidak tahu. Sekiranya tidak percaya, anda boleh berjalan-jalan di kotaraya Kuala Lumpur dan cuba bertanya kepada mereka-mereka yang lalu lalang disitu tarikh hijrah untuk hari ini. Pasti mereka tidak tahu, ada yang sehingga berpeluh-peluh malu sebab tidak tahu.
kalender Hijrah (kalender Islam) merupakan kalendar yang hampir sama dengan kalendar Masihi yang seringakali kita guna dalam kehidupan seharian (contohnya, Januari, Febuari dan lain-lain). Sebagai seorang Muslim, kita seharusnya mengambil tahu mengenai bulan-bulan dalam Islam juga!. Kalendar Islam ini juga mengandungi 12 bulan dalam 1 tahun dan mempunyai 354 atau 355 hari dalam setahun. Kalendar Hijarah ini bermula dengan bulan Muharram (Tahun baru dalam Islam) diikuti dengan Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil-Awal, Jamadil-Akhir, Rejab, Sya’Ban. Ramadhan, Syawal, Dzulqaedah dan akhirnya Dzulhijjah.
Firman Allah : Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah 12 bulan dalam setahun,(sebagaimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan yang suci. [surah At-Taubat 9;36]
Bulan Muharram juga termasuk dalam bulan yang suci dalam Islam. lagi tiga bulan yang suci dalam kalender Islam ialah Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Rejab. Mengikut sejarah Islam, ketika empat bulan suci ini peperangan adalah diharamkan sama sekali.
Oh! sebelum terlupa, ada pendapat mengatakan kalendar Hijrah ini diasaskan oleh Khalifah Ali Bin Abi Talib (Wallahualam). Kalender ini diasaskan berdasarkan satu peristiwa iaitu peristiwa perpindahan Nabi Muhammad dari kota Mekah ke kota Madinah.
Pada bulan suci inilah kita digalakkan melakukan amalan yang baik seperti berpuasa dan bersedekah! Perbuatan baik yang dilakukan pada bulan-bulan suci ini akan diberi ganjaran yang lebih oleh Allah (Insyallah )
Maka, kepada umat Islam, apa kata mulai saat ini kita ubah tarikh set azam kita dari 1 januari kepada 1 Muharram. Bukankah itu lebih baik?
ha! sekadar mengingatkan, bacalah doa akhir tahun sebelum maghrib dan doa awal tahun selepas maghrib hari ini(6/12/2010) ya!
sumber gambar dan arktikel = Owhsomuslim
di edit dan diubah oleh = muncai
si muncai etot
2 comments:
baik! (:
salam awal muharram~
Post a Comment