Ikut Mengikut

Monday, November 22, 2010

.: Tamat sudah Sem 1:.

 

final exam sudah tamat!

Yeah! itu dia tajuknya. Apabila final exam sudah tamat, maka semester juga turut bersama-sama tamat. Bermulanya pesta untuk muda mudi seperti muncai di rumah. Walaupu time exam jawab entah macam-macam jawapan ada. Menanti keputusan exam  sajalah waktu cuti sem kali ini.

Wah! saat ini diri sudah terkenangkan nota-nota sem1 seperti gambar di bawah!

22112010054

nota makroekonomi, banyak sungguh contengan.

22112010056

nota Math For Economi, walaupun macam add math je, tapi susah juga!

Oh! semua itu akan dirindui. Tapi sangat berharap tidak repeat dua-dua paper ini. Tapi walaupun sem 1 sudah habis, dah dapat duduk rumah, tapi still tak tahu nak buat apa di rumah ini. kembali seperti dulu, hanya duduk tanpa membuat apa-apa pun.

Pabila final sudah tamat, pelajar-pelajar apa lagi mahu BALIK la. bila mahu balik, banyak la barang-barang yang perlu bawa balik. Maka,muncai dan rakan muncai yang menetap berdekatan UPM menolonglah rakan-rakan yang jauh untuk simpan barang mereka. Banyaknya kemain lagi. Tapi tak apa, tak kisah pun. sebabnya mereka la yang banyak menolong dan menceriakan kehidupan muncai di UPM ini!

Ha! ini gambaran bertapa banyaknya barang-barang kami sepanjang sem 1 ini:-

21112010052

wah! banyak bukan?!

Jumpa sem 2 nanti ya rakan-rakan!

p/s:-kenapa carry mark test makro,mikro n math tak masuk lagi student portal ya?! saya mahu daftar kursus ini! haha

 

si muncai etot

No comments: