Ikut Mengikut

Sunday, October 10, 2010

~aku dan komik~

haha! tajuk entry dah macam nama komik "AKU,KAU & KOMIK" keluaran komik-M je.
kat sini nak cerita satu perkara je. iaitu pasal KOMIK. hidup muncai sama komik memang dah tak dapat dipisahkan lah.

disini ada satu cerita. yang membawa kepada hari semalam 9/10/2010. cerita yang menerangkan segala-segala kepada yang tertanya-tanya. cerita yang mengejutkan semua yang tertanya-tanya. semuanya bermula di saat ........

9/10/2010 jam 14:45

ketika itu muncai dan rakan-rakan sedang berjalan-jalan di MINES saje. terlihat sebuah komik dan kemudian terus membeli sebab memang dah terlewat beli komik tuh. sedang berjalan-jalan, rakan muncai bertanya soalan seperti berikut:-

rakan 1:- Eh! tiap kali keluar, mesti ko beli komik. takde keje lain ke.

rakan 2:-betul-betul. asyik dengan komik je ko nie.

muncai:- (dengan menggunakan ayat penuh falasafah falsampah)EH! tidak kah meke-meke tahu bahawa senya komik itu adalah hidup, hidup adalah komik (untuk perhatian ye! ayat ini hanya sekadar gurauan bersama rakan. jangan wujudkan kontroversi tiba-tiba ye)

rakan 1:-yela sangat tuh. brape banyak jela komik ko tuh.

muncai:-banyak la jugak. dalam 1 almari terlebih. haha/

rakan 2:- yela tuh. tunjuk bukti sikit.

dengan segera muncai mengeluarkan telefon bimbit. dan menunjukkan beberapa keping gamba. meke-meke penuh terkejut, penuh kejutan, penuh kesuspenan, dan penuh kata-kata yang tak dapat diluahkan.

ini lah gamba yang muncai tunjuk:-


wah2!banyak sungguh komik yang terlambak (ade lagi tak sempat nak lambak kan)

almari 1 yang penuh komik. nie pun tak muat lagi nie.

perbualan diteruskan~

rakan 1:-gile la ko. ni betul-betul peminat komik ni. kalo kat rumah aku mak aku suda bakar da komik2 nie.

rakan 2:-betul2. memang confirm kene buang kalo sepah.

muncai:-sebab tuh beli almari tersebut. tak nak komik-komik tu bersepah-sepah. kalo tak kene buang la. hahaha~

lepas tuh meke-meke dah tak tanya dah kenapa muncai suka sangat beli komik. sebab semua dah terjawab. muncai beli komik sebab~~

"MINAT GILE KAT KOMIK"

tuh la alasan kenapa muncai sering kali membeli komik. sebab tanpa komik bosan juga kadang-kadang.
haha. entry kali ini pasal KOMIK saja.

terima kasih kerana membaca blog tak seberapa ini.
sekian terima kasih.


yang benar,
si muncai_etot

p/s:-tetiba teringat lrik lagu kumpulan mega - bayangan gurauan. lirik time part ni.
"Andai diberikan emas permata, ku pilih senyumanmu".

2 comments:

cik kedondong said...

nasib baik ada alamari, kalau tak, bukan ibu je buang, akak pon bawak gi camping buat bahan bakar

cik kedondong said...
This comment has been removed by the author.